Saturday, January 4, 2020

Tahun 2020, halatuju zbs ternak enterprise

Assalamualaikum.....

Selamat tinggal 2019. Dan selamat datang 2020. Tahun silih berganti. Yang kita pernah lalaui adalah tidak pernah sia-sia, baik jadi tauladan buruk jadi sempadan. Segala perancangan adalah yang terbaik. Namaun maha esa menentukan.

Bagi tahun 2020, kami mulakan dengan menambah satu lagi produk utama iaitu arnab pedaging. Namun susu kambing segar tidak kami lupakan malah sentiasa diperkukuhkan supaya terus bertahan.

Dari pemerhatian kami, setiap ladang yang diusahakan dengan skala kecil mesti mempunyai lebih dari satu produk. Ini dalah kerana kita perlu mempunyai produk yang boleh saling mengimbagi permintaan dikala satu produk melalaui fasa penurunan samada akibat dari pasaran atau akibat pengeluaran ladang sendiri.

Dengan itu, kami memilih untuk memajukan satu lagi cabang iaitu arnab pedaging. Semoga mendapat pasaran yang baik dalam masa terdekat.

Terima kasih.


Dari meja pengurus
Zulkifly bin said
Zbs ternak enterprise

Monday, December 16, 2019

Penyediaan 20 lubang untuk grower

Kami di zbs ternak menggunakan formula berikut bagi mengkelasifikasikan arnab sebagai induk yang baik.

Daripada breed yang berkualiti dan ban yang berkualiti kami menetapkan kretiria berikut :
1. Berat semasa cerai susu adalah 500g
2. Kenaikan berat untuk setiap 10 hari 300g.

Disamping kreteria lain :
1. Breed yang baik
2. Bilangan anak yang 5 ke 6

Tambahan sangkar grower 


Tuesday, December 10, 2019

Keperluan pengurusan data

Setiap pengurusan mesti memerlukan maklumat yang baik dan lengkap. Disini kami menggunakan sistem SiMARA. Sistem maklumat rabbit agro untuk menguruskan data dan rekod ladang.






Kepada yang berminat boleh menghubungi kami di 0194721066 di ladang zbs ternak. 

Saturday, December 7, 2019

Alatan sebagai penternak arnab

Berikut merupakan peralatan asas dalam penternakan arnab pedaging. Termasuk kos untuk rujukan.

1) wiremesh sangkar G17 rm 400/rm 410
2) nipple drinker rm 2/pcs
3) spring lock rm 2/pcs
4) feeder box rm 7/unit
5) ceramic bowl rm 6/unit
6) nest box
7) EM rm 10/liter
8) ubat cirit koalin rm 15/20 ml
9) ubat luka zoosamex rm 65/btl
10) vitamin vp 1000/vitastress rm 28/pek
11) ubat kurap doramectin rm 95/btl
12) ubat kesuburan receptal
13) MDA/ketuyam rm 15/polibag
14) mulberi rm 10/polibag
15) alfalfa/timothy hay rm 10/kg
16) plastik karkas rm 20/kg
17) torch burner rm 95/set

Harga mungkin berubah ikut masa.

Wiremesh

Nipple drip

Spribg pintu sangkar

Ubat 

Ubat

Ubat

Ubat

Ubat luka

Alfalfa



Sunday, November 24, 2019

Perkembangan Arnab

Kumpulan pertama mula membesar, jumlah 20 ekor

Sangkar pembesaran telah siap sedia menerima penambahan populasi baru. 

Semoga kpi penternakan dan pembiakan dapat di capai. 

Tuesday, November 5, 2019

Lawatan ke ladang 1.11.2019

Penternak harus peka dengan keadaan persekitaran dan harus cepat bertindak.

Kebersihan dari kuman dan virus perlu di ambil perhatian.


Masa makan

Kandang perlu dalam keadaan bersih. Kami di zbs ternak membersihkan kandang setiap hari dengan air biasa dan seminggu sekali atau 2 minggu sekali dengan pembersih landorez. 

Projek Arnab Pedaging

Arnab dikatakan antara haiwan yang cepat membiak dan memakan daging arnab samada daging perap, sate dan lain-lain masakan menjadi kegemaran ramai.


Induk kemasukan pertama

Untuk ini kami di zbs ternak cuba melibatkan diri dalam industri ini iaitu industri arnab pedaging. 

1.11.2019 menjadi tarikh permulaan projek dengan memulakan kemasukan arnab sebanyak 20 ekor induk. 16 ekor betina dan 4 ekor jantan. 


Sangkar pertama 20 induk