Tuesday, September 25, 2018

Kiosk jualan dibuka setiap hari

Promosi berterusan kepada semua bagi menggalakan minum susu kambing.

Kiosk dibuka macam biasa. Kiosk susu kambing ditambah nilai dengan mee celop.


Kiosk tenusu zbs

Kiosk mee celop zbs



Lepas mandi jeram singgah rasa mee celop

Susu kambing original & berperisa

Semua dipersilakan untuk datang.

Friday, September 21, 2018

Majlis perasmian kiosk zbs ternak oleh pengarah jpv negeri

Assalamualaikum...

Majlis perasmian berjaya dirasmikan oleh pengarah jabatan perkhidmatan veterinar negeri.

Ucapan perasmian pengarah jpv negeri,
Dr. Suratan b Kamaruddin

Ucapan Aluan Pengurus ZBS Ternak,
Zulkifly b Said

Ucapan aluan pengerusi majlis, 
Tn. Nasaruddin dari Nasa Rabitary

Kiosk ZBS ternak

Perbincangan bersama pengarah jpv negeri


Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Assalamualaikum.....

Kepada semua dijemput ke hari perasmian pembukaan kiosk jualan tenusu zbs ternak, di jeram pasu, pasir puteh, kelantan.

Seperti berikut :

Tarikh : 15.9.2018
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi hingga 4.30 petang
Lokasi : Kiosk ZBS Ternak, Jalan Jeram Pasu.

Kiosk Jualan Makanan
1. Susu Kambing Segar ZBS Ternak
2. Susu Kambing Powder ZBS Ternak
3. Yougurt Susu Kambing
4. Puyuh Perap (Bumi Barakah)
5. Puyuh Frozen (Bumi Barakah)
6. Telur Puyuh (Bumi Barakah)
7. Madu Kelulut (Bumi Barakah)
8. Kambing Perap

 Kiosk Jualan barangan kegunaan ternakan
1. Bioplus - makanan penggemuk haiwan
2. KUASATEK Spray

Sekitar program













Wednesday, September 12, 2018

Jemputan ke pembukaan kiosk

Kepada semua dijemput ke hari pembukaan kiosk jualan tenusu zbs ternak, di jeram pasu, pasir puteh, kelantan.

Kiosk jualan akan dibuka seperti berikut :

Tarikh : 15.9.2018
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi hingga 4.30 petang
Lokasi : Kiosk ZBS Ternak, Jalan Jeram Pasu.

Kiosk Jualan Makanan
1. Susu Kambing Segar ZBS Ternak
2. Susu Kambing Powder ZBS Ternak
3. Yougurt Susu Kambing
4. Puyuh Perap (Bumi Barakah)
5. Puyuh Frozen (Bumi Barakah)
6. Telur Puyuh (Bumi Barakah)
7. Madu Kelulut (Bumi Barakah)
8. Kambing Perap

 Kiosk Jualan barangan kegunaan ternakan
1. Bioplus - makanan penggemuk haiwan
2. KUASATEK Spray

Friday, September 7, 2018

Peringkat Akhir Persediaan Pembukaan Kiosk Jualan

ZBS Ternak sentiasa optimis dalam menjayakan industri berkaitan ternakan. Untuk tujuan itu kami mengorak satu langkah lagi dengan membuka kiosk jualan tenusu.

Jangkaan pembukaan pada :

Tarikh : 15 September 2018
Hari : Sabtu
Masa : 9:00 pagi hingga 4.30 petang

Masih di peringkat akhir penyediaan.

Meratakan tanah untuk tujuan pemasangan khemah program





Memasang Bumbung tapak Kiosk

Banner 'Selamat Datang ke Kiosk ZBS Ternak'

Semoga semua yang dirancang berjalan lancar. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Pemprosesan Susu Secara Pature







Susu di ZBS Ternak di pasteur seperti berikut :-
  
Mesin pasteur Susu

Susu segar yang telah diperah dan ditapis akan diisikan ke dalam tong susu yang bersih dan disimpan di tempat yang redup dan tidak terdedah kepada pancaran cahaya matahari. Susu ini akan dihantar secepat mungkin ke Pusat Pemprosesan Susu sebaik sahaja semua kerja-kerja perahan susu selesai. Sementara menunggu proses seterusnya susu disejuk dan disimpan di dalam peti sejuk pada suhu 3 - 4 oC.

Susu segar mesti disimpan sejuk iaitu pada suhu 3o - 4o C bagi membekukan aktiviti pembiakan bakteria yang terdapat di dalam susu. Sekiranya tidak disimpan sejuk, bakteria akan terus membiak dan ia akan mempercepatkan lagi susu menjadi rosak.
 
Di dalam susu terdapat banyak globul-globul lemak, yang mana kandungannya juga termasuk enzim lipase. Apabila dinding globul pecah, enzim-enzim ini akan bebas dan akan menguraikan lemak menjadikan susu berubah rasa - masam.
Tujuan susu diproses adalah untuk menentukan bahawa susu selamat diminum dan boleh disimpan lama.
Susu yang telah dirawat pada suhu yang tinggi mengikut salah satu kaedah pempasteuran berikut :


Suhu susu dinaikkan kepada 63o-65oC dan dikekalkan selama 30 minit dan disejukkan secepat mungkin kepada suhu 3o- 4o C sebelum dipak dan disimpan.
Susu di pasteur

Suhu susu dinaikkan kepada tidak kurang daripada 72oC dan dikekalkan selama 15 saat dan disejukkan secepat mungkin kepada suhu 3-4oC sebelum dipak dan disimpan.
Pempasteuran irii adalah pemprosesan yang biasa dilakukan untuk "susu segar".
Susu pasteur hendaklah sentiasa disimpan pada suhu, 3 -4o C


 Susu yang siap pasteur disimpan di dalam freezer untuk pastikkan ketahanan dan juga kekal segar