Saturday, January 4, 2020

Tahun 2020, halatuju zbs ternak enterprise

Assalamualaikum.....

Selamat tinggal 2019. Dan selamat datang 2020. Tahun silih berganti. Yang kita pernah lalaui adalah tidak pernah sia-sia, baik jadi tauladan buruk jadi sempadan. Segala perancangan adalah yang terbaik. Namaun maha esa menentukan.

Bagi tahun 2020, kami mulakan dengan menambah satu lagi produk utama iaitu arnab pedaging. Namun susu kambing segar tidak kami lupakan malah sentiasa diperkukuhkan supaya terus bertahan.

Dari pemerhatian kami, setiap ladang yang diusahakan dengan skala kecil mesti mempunyai lebih dari satu produk. Ini dalah kerana kita perlu mempunyai produk yang boleh saling mengimbagi permintaan dikala satu produk melalaui fasa penurunan samada akibat dari pasaran atau akibat pengeluaran ladang sendiri.

Dengan itu, kami memilih untuk memajukan satu lagi cabang iaitu arnab pedaging. Semoga mendapat pasaran yang baik dalam masa terdekat.

Terima kasih.


Dari meja pengurus
Zulkifly bin said
Zbs ternak enterprise

No comments:

Post a Comment