Tuesday, December 19, 2017

Penjenamaan produk Zbs

Ini adalah produk Zbs untuk menempuh pasaran...


Cabaran industri ternakan dari meja zbs

Assalamualaikum

Alhamdulillah setelah 6 tahun dalam industri agro ternakan. Pelbagai cabaran dan dugaan telah ditempuh. Pelbagai penyesuaian telah dibuat demi menjaga kelangsungan sebagai penternak dan menjadikan Zbs ternak boleh kekal dalam industri.

Dari ternakan Lembu, itik, Kambing daging hingga ke Kambing tenusu.

Sekarang Zbs ternak cuba kekalkan identiti sebagai pembekal utama dalam industri produk tenusu Kambing.

Beberapa produk tenusu Kambing telah dirancana bagi menghdapi 2018 dengan lebih bersedia. Antara produk adalah susu Kambing segar, susu Kambing serbok, kopi susu Kambing Dan dadih susu Kambing.

Pengurusan diladang nampak sudah stabil. Cabaran seterusnya adalah dalam memperkasakan jenama Zbs ternak dan memantapkan Lagi pemasaran produk jenama Zbs.

Terima Kasih atas sokongan semua termasuk keluarga terdekat rosliza Abdullah, ikhwan, samiha Aisha dan yang membantu di ladang sanudi said, Azmi jusoh Dan lain-lain.


Dari meja founder of Zbs ternak
Zulkifly bin said.


Monday, December 4, 2017

Lawatan ke tapak cadangan projek pusat jualan

Terima Kasih pada pengarah yang datang sendiri melihat tapak cadangan projek jualan susu Zbs ternak dan bermesyuarat di pejabat veterinar jeram pasu.

Dr. surathan & zulkifly





Terima Kasih juga kepada pengurus ladang jeram pasu dan pengurus Dan pegawai dari jabatan veterinar Pasir puteh.

Semua bersetuju Dan member kepercayaan kepada Zbs ternak untuk diberikan kebenaran menggunakan Tanah seperti yang dicadang.



Sunday, December 3, 2017

Routine setahun sekali dengan cabaran jalan musim hujan

Bila hujan. Masalah paling Besar adalah perubahan pada struktur Jalan.

Bila lurah Besar kenderaan motor sudah tidak boleh masuk.


Alhamdulillah Ada yang membantu.


Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan sahabat kami juga.

Saturday, December 2, 2017

Cara penjagaan susu Kambing segar

Cara menjaga susu Kambing yang dipasture.

1) Berapa lama ketahanan susu kambing segar?

Susu kambing boleh disimpan segar selama 10-12 hari jika disimpan dalam peti sejuk pada suhu 2°C – 4°C darjah Celsius.  Ia boleh disimpan lebih lama jika dibekukan didalam freezer.

 2) Perlukan penghantaran susu Kambing dalam keadaan beku?

Susu kambing segar perlu dalam keadaan beku sepanjang penghantaran. Ini bagi menjamin susu tahan pada tahap maxima. Selalu kami akan hantar dalam kotak polistrin.

 3) Perlukah susu kambing segar disimpan dalam freezer?

Susu kambing segar perlu disimpan dalam freezer untuk pastikan ketahanan maxima. Dalam keadaan beku susu boleh tahan lebih lama.


4) Cara penyediaan susu segar.

Susu segar dikeluarkan dari freezer boleh disimpan chiller untuk sedia diminum. Untuk cairkan Segera boleh botol susu direndam dalam air panas.

Selepas dikeluarkan dan dicairkan. Sebaiknya diminum habis.

Friday, December 1, 2017

Kelahiran Baru 2 ibu muda untuk 2 anak

Kelahiran Baru dari 2 ibu muda. Alhamdulillah kelahiran selamat walau menempuh musim hujan.



Kelahiran pada 29/11/2017