Saturday, April 19, 2014

Projek Kambing

Rintangan demi rintangan sebagai penternak berskala kecil, namun usaha tetap diteruskan dan tidak pernah mengalah.

Kami terus berusaha dan kali ini kami cuba tambah produk kami iaitu kambing.

Dalam proses penyediaan sarana bermula pada 10/04/2014 telah hampir siap untuk kemasukan stok.

Pandangan Sisi
 
Pandangan Depan

Kemasukkan Stok Pertama Kambing Baka Angloo

Kami cuba bertahan dalam keadaan pasaran lembu yang tidak menetu dengan harga yang agak tinggi. Jadi kami menyediakan pilihan kambing kepada mereka yang memerlukan kambing akikah dan juga korban yang boleh dilakukan dengan buget yang lebih rendah.

Baka Angloo yang cukup umur pertama kami telah tiba pada 16-April-2014. Kepada sesiapa yang memerlukan bekalan kambing cukup umur telah boleh datang ke kandang kami.


 


 Kami menyediakan harga dengan kadar  yang paling kompetatif.