Thursday, April 30, 2020

Cirit-birit pada arnab paling ditakuti

Cirit Birit (Diarrhea)
Najis seperti air yang pekat.. pada peringkat awalnya hijau dan berbau dan di peringkat kritikal ia hanya air putih kekuningan.



Masalah ini jarang berlaku kepada arnab dewasa, ia biasanya lebih cenderung berlaku kepada arnab muda yang berumur 8 minggu kebawah. Jika ini berlaku kepada arnab dewasa , ini ada berkemungkinan daripada diet yang ditukar secara mengejut, atau mungkin juga disebabkan oleh beberapa masalah seperti : Cacing Gelang, Cacing Pita dan juga ganguan usus.

Kredit document asal.

http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/2010/02/jangkitan-virus-infectious-myxomatosi.html?m=1


Masalah ini boleh membawa kepada kematian yang tinggi. Jadi kepada yang pakar boleh tambil membantu sebab masih terdapat persoalan yang belum terjawab. 

Rezeki bulan ramadhan dan pkp

Alhamdulillah, syukur kepada yang esa.

Hari ini penghantaran seterusnya ke kuala lumpur. Semoga semua diberkati.



Semoga selamat sampai. 

Sebagai penternak kami hanyalah perlukan keadaan pasaran yang stabil. Tetapi bagi penternak kecil kami ada satu dilema iaitu menetapkan tumpuan pasaran. Iaitu jumlah pengeluaran yang terhad untuk kepasaran terlalu luas. Dan bila pasaran kecil jika berlaku masalah pada pembeli akan terus memberi kesan langsung kepada kami. 

Dengan harapan, kerajaan boleh melonggarkan syarat bantuan pinjaman kepada penternak yang benar-benar ingin berdayasaing. Bagi kami peluang menambah modal pusingan. 

Monday, April 27, 2020

Pkp dilanjutkan ke 12 mei 2020

Seperti semua jangkakan. Inilah yang berlaku. Namun selaku penternak kami reda dan akur demi kebaikan semua.


Keadaan menjadi makin susah kawal. Beberapa masalah datang pada keadaan begini.

Puluhan arnab mati secara berterusan. Kekangan pergerakan makin susah mencari penyelesaian.

Namun terdapat beberapa dana dan kemudahan keewangan di umumkan. Namun kami kurang bernasib baik kerana ada masalah ccris. Jadi dana tidah boleh dimohon. Terpaksa kami berjuang dengan seadanya. Semoga dapat diteruskan perjuangan ini.

Saturday, April 25, 2020

Mencari normal yang baru

Dengan pendamik covit-19 semua disaran mencari normal pernigaan yang baru.

Kami tetap mencuba walaupun kami tahu produk kami mempunyai kekangan dalam proses penghantaran kerana memerlukan servis sejuk beku.

Kami cuba buka pasaran on-line. Di Www.zbsternak.com dan www.ternakmall.com




Sunday, April 12, 2020

Tempoh PKP : kesan kepada penternak

Pendamic Covit-19 ini beri kesan pada semua. Kami amat terkesan apabila kami yang berskala kecil tiada simpanan kewangan yang cukup. Apabila sekatan perjalanan pada pengangkutan menyebabkan stok susu tak boleh berjalan seperti biasa.

Pada fasa 3, barulah ada kelonggaran pada sesetengah industri dan kami mula boleh menghatar susu pada pelanggan.




Produk dalam polistrin box utk penghantaran.