Saturday, June 6, 2015

lawatan pertama ketapak projek.

Melawat kawasan tapak projek. Tarikh kebenaran guna dikeluarkan oleh jabatan.


Thursday, May 28, 2015

Permohonan Tapak Pastura Dari Jabatan Veterinar Wilayah Persekutuan Putrajaya di Pasir Puteh

Perjumpaan dengan Pengurus Jabatan Vetarinar dari Jeram Pasu En. Arman di Jabatan Veterinar Kota Bharu bersama Pengarah Veterinar Kelantan. Kami cuba memohon tapak Pastura untuk menambah sikit bekalan rumput di musim kemarau yang mana ladang kami agak kering untuk rumput biasa tumbuh dengan baik.

Kawasan tanaman rumput yang di mohon untuk diusahakan dan berdekatan dengan ladang kami.








Terima kasih atas kerjasaman jabatan yang sudi mempertimbangkan permohonan kami.

Wednesday, May 27, 2015

Kursus Penanaman Napier Perdu di KTS Machang

ZBS Ternak di wakili oleh Sanudi & Zulkifly menghadiri kursus penanaman Napier secara perdu di KTS Machang anjurann KPAK & KTS Machang.

Pakar Napier Perdu : Tn Haji Mahadi (Pegawai Penyelaras KTS Terengganu)
KTS Machang : Tn Haji Ramli(Pegawai Projek KTS Machang)

Tempat : KTS Machang
Tarikh : 27/05/2015







Sinopsis :
Penanaman Napier perdu jarak 10 Kaki antara perdu, dalam 2 kaki, lebar petak 3 X 3 Kaki. Untuk keluasan 1 ekar adalah boleh muatkan 400 lubang ikut kesesuaian tanah.
1 perdu = 30kg

Protein Makanan perlu 16% untuk gemuk
1 ekar keluarkan 13,200 Kg sebulan.


Tuesday, May 19, 2015

Penurapan Jalan Keladang

Untuk keselesaan pengunjung ladang kami terpaksa menurap jalan. Penurapan dibuat bagi memudahkan perjalanan pelanggan dan pengunjung sampai ke kawasan ladang.









Terima kasih kepada kawan-kawan yang membantu kerana kerja-kerja dijalankan separa manual.

Sunday, May 10, 2015

Kemasukkan Stok permulaan kambing 22 ekor

Bagi memenuhi pasaran tempatan kami memasukkan sejumlah 22 ekor kambing baka kampung original.






Jumlah 22 ekor + 1 ekor jantan(asal) = 23 ekor

Friday, January 16, 2015

Kerja-kerja membuat kandang Pertama

Kerja-kerja membuat kandang pertama dimulakan untuk memasukkan lembu pembiakan batch pertama.






Kandang berkapasiti 20 ke 25 ekor lembu 1 petak. 2 petak dibuat, 1 untuk lembu pembiakan dan 1 peta untuk lembu aqiqah korban yang telah cukup umur.


Wednesday, January 14, 2015

Pemindahan stok pertama dari Fidlot Ke Ladang Ragut Bebas dan Fidlot

Stok permulaan masuk ke ladang iaitu lembu untuk pembiakan. Sejumlah 14 ekor.







Semoga dipermudahkan kerja-kerja kami oleh Allah.