Tuesday, December 19, 2017

Cabaran industri ternakan dari meja zbs

Assalamualaikum

Alhamdulillah setelah 6 tahun dalam industri agro ternakan. Pelbagai cabaran dan dugaan telah ditempuh. Pelbagai penyesuaian telah dibuat demi menjaga kelangsungan sebagai penternak dan menjadikan Zbs ternak boleh kekal dalam industri.

Dari ternakan Lembu, itik, Kambing daging hingga ke Kambing tenusu.

Sekarang Zbs ternak cuba kekalkan identiti sebagai pembekal utama dalam industri produk tenusu Kambing.

Beberapa produk tenusu Kambing telah dirancana bagi menghdapi 2018 dengan lebih bersedia. Antara produk adalah susu Kambing segar, susu Kambing serbok, kopi susu Kambing Dan dadih susu Kambing.

Pengurusan diladang nampak sudah stabil. Cabaran seterusnya adalah dalam memperkasakan jenama Zbs ternak dan memantapkan Lagi pemasaran produk jenama Zbs.

Terima Kasih atas sokongan semua termasuk keluarga terdekat rosliza Abdullah, ikhwan, samiha Aisha dan yang membantu di ladang sanudi said, Azmi jusoh Dan lain-lain.


Dari meja founder of Zbs ternak
Zulkifly bin said.


No comments:

Post a Comment