Thursday, June 20, 2019

Produk tenusu zbs ternak

Susu segar di pasture. Susu ini cuma perlu di cairkan dari frozen dan sedia di minum.

Botol 250 ml original, coklat, jagung dan strawbery. Untuk susu perisa perlu membuat tempahan awal. 


Botol 1000ml. Hanya original sahaja. 


Susu original belum dipasture. Susu ini belum dimasak atau belum paturized. Susu ini adalah dibekalkan kepada kilang membuat produk berasaskan susu seperti ptoduk kecantikan dan juga produk makanan lain yang perlu proses seterusnya. 

Botol 1500ml original


Logo zbs ternak


Susu di hantar dalam coolbox. Minimum muatan 1 box adalah 70 botol untuk botol 250ml dan untuk botol 1500ml boleh muat 16 botol. 


Kepada agent dan pelanggan boleh tel atau whatsapp 0194721066 untuk maklumat lanjut. 


Tuesday, June 18, 2019

Warga baru

Semalam pacak tiang. Petang dapat warga baru. Baka australia, harap besar dengan jayanya. Hasilkan susu 4 kg sehari.


Tarikh lahir 18th June 2019

Ubah suai kandang untuk ibu2 bunting

Kambing dan kandang berpisah tiada. Kandang diubah suai bagi memberi keselesaan kepada ibu2 bunting.






Ibu bunting elok di kurantin bersendirian apabila sarat. Ini boleh mengelakan keguguran akibat di tanduk gurauan kasar kawan2.


Monday, December 31, 2018

Cita-cita penternak kambing tenusu

Alhamdulillah bersyukur kita dengan perginya tahun 2018 dan tibanya 2019 dalam keadaan baik dan selesa. Tiada masalah besar perlu ditangani.

Seperti biasa tahun baru sedikit sebanyak terdetik azam baru dan cita-cita baru kepada yang mahukan kemajuan dan yang ingin sentiasa kekal berdayasaing dalam perniagaan.

Bagi kami zbsternak, akan teruskan tahun ini bagi cuba target pengeluaran susu kepada 50kg sehari. Dan proses pengeluaran yang lebih berteknologi.

Kami juga kekal kental dengan izin bagi meneruskan perjuangan dalam industri.

Terima kasih juga kepada semua pelanggan zbsternak dan juga warga kerja zbs ternak.

Monday, December 24, 2018

Program bulan 12

Setiap kali bulan 12, tiba musim hujan masalah ini mesti berlaku. Tahun ini lagi kritikal bila hujan lebat dan bersebelahan projek kuari tanah.

Namun untuk memastikan bekalan kepada kambing tidak putus dan bekalan susu kepada pelanggan tidak terggangu maka sedikit perlu dilaburkan untuk betulkan jalan.

Jalan selepas ditolak

Laluan genting

Pusat kuari bersebelahan


Namun ini adalah penyelesaian sementara kerana masih dalam perancangan mencari laluan sebenar.


Monday, November 12, 2018

Kursus Produk Hiliran Tenusu

Degan semangat Keusahawanan, sentiasa mencari perubahan begi menambahkan variasi produk. Kali ini kami cuba melihat kalau ada ruang tambahbaik dalam hasil tenusu.

Berkusrsu bersama Maktab Koperasi Malaysia


Gambar Kenangan Peserta Kursus
 
Satu ilmu yang sangat berguna. Iaitu macam mana cara membuat yogurt dan kefir dan juga cheese.

Khasiat yogurt adalah :-

1. Tahap imunisasi tinggi
2. Bantu kurang berat badan dan stabilkan metabolisma
3. Bantu rawat keputihan wanita
4. Asid lactic bantu tingkat penyerapan kalsium dalam tubuh
5. Kaya kalsium,  potasium, protein dan vit b bantu cegah cancer
6. Cegah gastrik dan ulser usus
7. Boleh pakai di muka utk anjal kulit@ mask
8. Cegah osteoporosis
9. Mencegah sakit jantung