Monday, July 28, 2014

Stock untuk hari raya korban 2014

Kepada semua pelanggan dtt. Stok untuk raya korban 2014 telah mula masuk Dan mula dibuka untuk jualan. Dengan kenaikan harga lembu pasaran, pembelian awal sedikit sebanyak boleh dapatkan dengan harga lebih rendah.

Stok raya haji 2014

Pelanggan boleh membuat tempahan awal dengan sekiranya penghantaran hendak dibuat pada hari raya kami menyediakan khidmat jagaan (animal hotel) yang rendah.

Saturday, July 5, 2014

Penyediaan tapak projek integrasi ladang ZBS Ternak


Penyediaan tapak pengurusan, dan kandang kurungan sementara.

Pembinaan Rumah Pekerja & Rumah Proses Silaj dan Makanan

Pembinaan Kandang Kurungan Sementara

Lembu Integrasi Ragut Bebas Dan Dicampur PKT/PKC juga.

Anak Kedua Dilahirkan Dari Ladang Integrasi


Anak yang cantik dari Ladang Integrasi.


Anak Baru Dilahirkan 


Ibu yang melahirkan

Proses MOU ZBST ke ladang integrasi

29-Jun-2014 (1 Ramadhan), ZBST secara rasmi beroperasi di ladang secara integrasi. Semoga terus bersaing dalam industri penternakan.



Tuesday, June 24, 2014

Perancangan ZBST Ke Ladang Integrasi

Memandangkan keadaan harga kos makanan ternakan PKC yang tidak terkawal. Maka ZBST mencari langkah penyelesaian supaya masih tetap boleh bersaing dalam industri ternakan.

Lawatan ke tapak cadangan ladang integrasi di Pasir Putih Kelantan.

 
Ruang Kosong Untuk Pejabat Pengurusan@Pusat Jualan

Tapak Kandang untuk Pemilihan@Pembelian

Semoga nafas baru dapat diberikan kepada ZBST. 

Saturday, April 19, 2014

Projek Kambing

Rintangan demi rintangan sebagai penternak berskala kecil, namun usaha tetap diteruskan dan tidak pernah mengalah.

Kami terus berusaha dan kali ini kami cuba tambah produk kami iaitu kambing.

Dalam proses penyediaan sarana bermula pada 10/04/2014 telah hampir siap untuk kemasukan stok.

Pandangan Sisi
 
Pandangan Depan

Kemasukkan Stok Pertama Kambing Baka Angloo

Kami cuba bertahan dalam keadaan pasaran lembu yang tidak menetu dengan harga yang agak tinggi. Jadi kami menyediakan pilihan kambing kepada mereka yang memerlukan kambing akikah dan juga korban yang boleh dilakukan dengan buget yang lebih rendah.

Baka Angloo yang cukup umur pertama kami telah tiba pada 16-April-2014. Kepada sesiapa yang memerlukan bekalan kambing cukup umur telah boleh datang ke kandang kami.


 


 Kami menyediakan harga dengan kadar  yang paling kompetatif.