Wednesday, November 7, 2012

Persiapan Membekal Daging Sembelihan Tempatan

setelah selesai musim raya korban 2012, ZBST meneruskan langkah segera melengkapkan stok lembu-lembu untuk sembelihan, akikah dan juga kenduri-kenduri lain.

terlebih dahulu, terima kasih kepada pelanggan-pelanggan yang menyokong kami. Dan kepada yang menunaikan haji kami sentiasa mendoakan semoga di limpahkan rezeki dan dikurniakan haji yang mabrur.

ini antara persediaan awal lembu daging. Stok pertama telah sampai untuk bekalan daging, akikah dan juga kenduri.

dari baka Brahman dan juga Charolais.











Kepada pelanggan telah boleh membuat kunjungan dan kami akan sentiasa cuba lengkapkan dengan pelbagai pilihan dari segi baka dan saiz.

Wednesday, October 31, 2012

Persediaan terakhir penghantaran bekalan raya korban 2012

Penyediaan terakhir menghantar stok lembu korban kepada pembeli-pembeli. Terima kasih semua kepada yang menyokong ZBS Ternak, Selamat menjalani ibadah korban dan selamat hari raya aidil adha.



Thursday, October 4, 2012

Pembukaan Kandang No. 2, October 1, 2012

Mengorak langkah seterusnya dalam menyokong industri perladangan penternakan, kami telah siap sepenuhnya membina sebuah lagi kandang berkapasiti 15-20 ekor stok lembu dalam satu-satu masa bagi menampung permintaan pasaran.

Pandangan Dari Arah Masuk


Pandangan Dari Arah Dalam


Semoga kami mandapat sokongan sepenuhnya dari pembeli-pembeli daging lembu tempatan baka Kedah Kelantan(KK)

Sunday, September 9, 2012

Penambahan Stock Hari Raya Aidil Adha secara konsistent...

Kami cuba sediakan bekalan lembu secukup untuk pengguna sekitar di Aidil adha ini...

kami janjikan harga yang berpatutan dengan saiz lembu .... Kami juga cuba buat penambahan stok secara kosnsistent supaya pilihan untuk pelanggan ZBST sentiasa tersedia.

Lembu-lembu dibawa turun dengan kemudahan REM yang disediakan bagi mengelekkan kecederaan.

Kerja-kerja pembesaran kandang

Bagi memastikan ternakan berada dalam keadaan yang selesa dan tidak terlalu padat pada satu kandang, kami mengambil initiatif memperbesarkan kandang.

Kerja-kerja pembesaran kandang bermula pada hujung August 2012 dan dijangka selesai pada pertengahan bulan September 2012.

ZBST bukan sekadar jual beli lembu, kebajikan ternakan amat diutamakan..

ZBST amat menjaga kebajikan lembu ternakannya. Kami memastikan permakanan dan minuman sentiasa cukup, penjagaan kesihatan, perawatan dibuat dengan baik.

Semua lembu ZBST adalah jinak ......

... boleh digosok....

Penjagaan pemakanan dengan nutrien seimbang, iaitu campuran rumput, pelepah sawit dan juga pallet.

Kawasan sekitar kandang yang bersih dan dijaga dengan baik...

Monday, August 27, 2012

Stock Hari Raya Aidil Adha.

Kepada semua pelanggan-pelanggan ZBST, diharap dapat mendapatkan bekalan awal untuk lembu-lembu korban. Untuk elakan pembelian di saat-saat akhir dan sukar bagi mendapatkan stock yang menarik.

jadi sila hubungi kami untuk tempahan awal.

terima kasih.