Monday, September 16, 2024

Kerja-kerja Ladang September 2024


Kerja-kerja di sekitar ladang adalah seperti biasa. Routine harian adalah seperti 

Pagi

- membersihkan kandang, bakul-bakul makanan, bekas minum dan sekitar kawasan dalam kandang.

- menyediakan makanan dan memberi makanan kepada semua kambing-kambing

- memerah susu kambing


Tengah Hari

- memproses susu kambing, paturize dan botolkan dan masukan dalam freezer

- rehat dan makan tengah hari


Petang

- membersihkan sangkar puyuh dan sekitarnya

- memberi makan puyuh

- mengutip telur puyuh


- memotong rumput kambing

- memuinggah rumput ke tempat proses rumput

- memesin rumput menggunakan chopper

- memberi makan kambing


Disamping kerja-kerja routine seperti di atas ada juga kerja-kerja sampingan yang perlu sentiasa dilakukan adalah seperti menambahbaik kandang yang rosak kecil disebabkan oleh kambing-kambing sedendiri. iaitu seperti rosak pintu penghadang, lantai dan lain-lain.


Jadi sepanjang hari, semua juruteknik ladang adalah sentiasa dipenuhi activiti-aktiviti yang berkaitan.

Memotong Rumput


Memotong Rumput


Memunggah Rumput ke tempat proses


Memberi Makan

Memberi Makan
 



Saturday, February 24, 2024

Projek puyuh penelor

Projek rintis puyuh penelor telah dijalankan pada November 2023 dengan permulaan 500 ekor induk. 

Perancangan tahun ini 2024 adalah untuk mensasarkan menambah kapasiti induk kepada 2000 ekor induk. Dan kapasiti pengeluaran telur kepada 1800 ke 2000 biji telur sehari.

Sangkar induk






Telur puyuh

Proses mengutip telur dilakukan sekali sehari pada pukul 3 petang, sekali selepas memberi makanan kepada burung-burung puyuh.

Makan diberikan sehari sekali dengan kuantiti yang mencukupi untuk satu hari. Bekalan air pula menggunakan pump automatic supaya bekalan tidak putus Dan sentiasa di periksa setiap hari.


Sunday, February 18, 2024

Majlis tandatangan bersama Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN DI ANTARA KELANTAN BIOTECH
CORPORATION SDN BHD DENGAN ZBS TERNAK ENTERPRISE

Alhamdulillah, pada tarikh ini selesai majlis tandatangan bersama Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd
berlangsung pada:
Tarikh : 20 Rejab 1445H bersamaan 01hb Februari 2024
Hari : Khamis
Masa : 11:00 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Aras 6, PMBK 

Dengan rasminya ZBS Ternak menduduki tanah di jeram pasu bagi projek penternakan kambing tenusu. Semoga dengan termeterai perjanjian ini memberikan semagant kepada kami bagi merancang perjalanan seterunya.

Dari Kiri : En Afzan(GM KBC), Tn Haji Rashid(CEO PMBK), Zulkifly(GM ZBS), Sanudi(Operation Manager ZBS), Muhamad Ikhwan(Strategic Planning Manager ZBS).

Majlis menandatangani Perjanjian

Acara penyerahan

Terima kasih kepada pihak KELANTAN BIOTECH CORPORATION SDN BHD yang memberi kepercayaan kepada kami.

Sunday, January 28, 2024

Perancangan tahun 2024

Perancangan tahun 2024

January 28, 2024

Sebagai penternak tidak pernah ada istilah 'rilex'. Setiap tahun cabaran berbeza. 


Hujung tahun 2023. Tersurat projek Arnab terpaksa di tutup ekoran tidak dapat pasaran untuk jualan. Setelah cuba bertahan Dari Mula pkp sehinggalah 2023. Namum ia  tetap menjadi pedoman kepada kami dalam menambah produk ladang. 


Untuk menggantikan projek Arnab, zbs ternak telah Cuba mengisi kekosongan ladang dengan memulakan projek puyuh penelur. Semoga ini boleh sedikit sebanyak membantu memulihkan ekonomi atau hasil ladang.


Jadi untuk tahun 2024, kami meneruskan penjualan hasil tenusu kepada kedai frozen seperti biasa. Dan dalam masa yang sama Masih mencari sekiranya terdapat yang pakar dalam pembuatan cheese yang minat untuk bekerjasama. 


Hasil ladang yang baru tahun ini juga adalah memperkenalkan telur puyuh yang dijual secara runcit di sekitar pasir putih.


Semoga kami boleh bertahan untuk masa-masa hadapan. 


Terima kasih.

Saturday, June 17, 2023

Rumput potong Dan potong

 Proses potong rumput melalui 2 Kali proses

1. Potong dengan mesin galah


2. Potong dengan mesin chopper

Kerja-kerja rutin di ladang

 Kerja-kerja rutin di ladang berjalan seperti biasa. 

Cuci kandang

Bagi makan rumput Dan soya

Kebersihan - cuci kandang dibuat setiap hari bagi memastikan kawasan kandang sentiasa dalam keadaan bersih 

Makanan sumber rumput Dan soya - memastikan produk susu rasa lemak, tidak hamis Dan disukai Dan boleh diminum oleh semua terutama kepada yang baru Cuba Minum susu kambing.




Tuesday, January 11, 2022

Permulaan 2022; semoga ada sinar baru

Tahun 2020 Dan 2021 adalah tahun menguji ketahanan semua para penternak. Kami juga tidak terlepas Dari kesan-kesan akibat covit-19 Dan juga pkp.

Keadaan menjadi lebih mencabar adalah apabila dalam ketentuan ini, Sumber utama makanan ternak berterusan naik. 

Kepada penyokong industri ternakan, harap boleh tetap menyokong kami sekiranya ada sedikit kenaikan dalam Harga susu kambing kami Dan juga pada keluaran sahabat berasaskan penternak.

   Sebelum pkp bermula, kami ada Cuba menambah produk keluaran ladang iaitu Arnab. Namun nasib Arnab seakan sama iaitu kesukaran berdepan kenaikan kos makan Dan lebih teruk apabila kebolehpasaran merosot teruk. Banyak stok tidak dapat dijual.


Namun, cabaran akan tetap dilalui dengan harapan ada perubahan dalam masa terdekat.

Terima kasih.


From desk of GM,

Zulkifly bin said

Tuesday, February 9, 2021

Kenaikan berterusan harga dedak boleh mengubah landscape industri ternakan

 


Kenaikan harga dedak boleh menjadikan industri penternakan menjadi kurang daya saing. 

Ini kerana hasil jualan masih pada harga yang sama dan sekiranya dinaikkan pula akan jadikan harga tidak kompetatif di pasaran. 

Kami dalam industri tenusu agak sukar mencari alternatif makanan untuk dalam masa sama boleh mengekalkan pengeluaran susu. 


Saturday, January 9, 2021

Cara-cara penggunaan mesin choppertec

Kami menggunakan mesin rumput napier brand choppertec.


Mesin Pemotong Rumput Engin Petrol 

Berikut adalah langkah menggunakan mesin rumput choppertec

1. Masukkan minyak hitam, min 500ml atau penuh(minyak hitam sama dengan minyak hitam digunakan oleh motorsikal) 


2. Masukkan petrol secukupnya.

Choke, Cord minyak, Throtter

Langkah2 hidupkan engin, pastikan cord minyak dah on. 

1. On kan suiz

2. Tarik choke on

3. Tarik trotter minyak sedikit sahaja, sekadar utk hidup engin

4. Tarik starter pelahan sampai sangkut, bila sangkut baru tarik laju utk hidupkan. 

5. Bila dah hidup, off kan choke (klu choke x off, engin akan bunyi x stabil)

Corong masuk

Langkah2 potong rumput

1. Bila engin dah hidup, kuatkan sedikit trotter mungkin ke tahap 30 ke 35% dulu

2. Masukkan rumput ikut corong masuk.

3. Tolak rumput masuk dgn kelajuan sesuai (kalau laju potongan lebih besar, klu perlahan potongan lebih kecil)

Corong keluar dan bakul hasil potongan

Sekiranya nampak potongan macam berbulu, kna tambah kelajuan engin. Tambah sedikit demi sedikit ikut kesesuaian.

Terima kasih

Friday, December 25, 2020

Penutup 2020, pembukaan 2021 semoga memberi sinar

Tahun 2020 hampir berlalu dengan tragis akibat wabak covit-19. Namun perancangan tetap di teruskan semoga ada sinar di tahun 2021.


Perancangan tahun 2021, kita lebih focus kepada activiti atas talian. Pemasaran melalui media-media eletronik. 

Selamat tahun baru 2021. 






Saturday, November 21, 2020

Kepuasan tercapai bila lihat kandang bersih





Kebersihan adalah keutamaan kami. Bagi mendapat susu yang baik dan qualiti tinggi kebersihan perlu diutamakan.

Kami membersihkan kadang setiap hari sebelum proses perah susu. 

Saturday, October 31, 2020

Kesan covit-19 kepada penternak kambing tenusu

 Covit-19 datang tidak diundang. Semua terasa dengan kesan amat mendalam. Terutama kepada penternak kecil seperti kami.

Setelah hampir 9 bulan, kami yang bergantung kepada hasil jualan tenusu di pasar tani dan pasar minggu menjadi taruhan apabila sekejap buka dan sekejap tutup. Pelanggan juga sudah tidak berani datang ke pasar tani seperti dulu. Jadi jualan merosot dan terus merosot.

Agent-agent juga tidak dapat berniaga seperti biasa. Jadi bekalan susu menjadi lambakan dan kembali seperti tahun pertama kami memulakan pasaran susu.

Kami mengharapkan akan ada sinar baru kepada penternak tenusu kambing skala kecil. Semoga covit-19 segera pergi. 



Wednesday, July 22, 2020

Kos lebih efektif dengan penggunaan mesin

Maksima penggunaan rumput dengan chopper.

Dalam keadaan biasa, bila kita potong rumput dengan mesin rumput, potongan adalah panjang. Apabila diberi kepada ternakan terutama kambing, pertama sekali dia akan tarik dan makan yg hujung dan jatuh. Bila jatuh dia akan pijak dan terbuang.

Bagi mengatasi masalah ini. Kita perlu potong untuk pendek. Pemotongan secara manual menggunakan kapak atau parang adalah tak kos efektif dari segi masa dan juga tenaga.

Dengan ini, zbsternak memperkenalkan mesin chopper atau mesin penghancur rumput, atau mesin pemotong rumput.

Di zbsternak, mesin chopper mini adalah dibangunkan bagi membantu penternak menjalankan aktiviti memberimakan kepada ternakan dengan baik.

Mesin dibuat dengan mengambilkira keperluan penternak. Terutama dari segi kos. Mesin dibangunkan dengan kos yang paling effektif iaitu meminimumkan penggunaan besi dan menjaga kos supaya mampu milik oleh semua sahabat penternak.

Terdapat 2 jenis iaitu chopper letrik atau petrol.
Harga yang ditawarkan adalah paling baik setakat ini dari rm 580.00 untuk letrik dan 980.00 untuk petrol.

Kepada sahabat penternak yang bercadang mendapatkan satu chopper bolehlah berhubung dengan kami di zbsternak.

Untuk keterangan lanjut www.wasap.my/60194721066/chopperzbs

#1penternak1chopperzbs
#akujugapenternak
 


Petrol 6.5-7.5 hp

Pemotongan Napier

 

Wednesday, June 24, 2020

Selepas beberapa tahun perlu make over 25 jun 2020

Adat memakai, selepas sela masa tertentu perlu di baikpulih.

Design baru hasil dari pengalaman seharian yang tak pernah jemu mengajar kepada yang mengamati masa. 



Penjimatan guna alang besi semo galebih tahan. 



Berlantaikan kayu pallet 2nd.

Terima kasih tukang dari frontliness zbsternak. 



Friday, May 29, 2020

Pemain baru zbs ternak

Setelah lama tiada kelahiran. Sekarang ada beberapa di jadualkan akan lahirkan anak dalam masa terdekat.

Kelahiran adalah dari ibu-ibu muda yang dilahirkan di ladang zbs ternak.


Wednesday, May 13, 2020

Ternakmall.com Gedung on-line hasil dan keperluan penternak

Ternakmall.com adalah portal jualan produk ladang, keperluan ladang dan yang berkaitan.


Mall ini dibangunkan bagi menempatkan industri penternakan sebaris dengan industri lain. Ianya dibuka kepada sahabat niaga dikalangan penternak.

Diharap mendapat sokongan semua penternak negara.

Terima kasih

Daripada founder
Zulkifly bin said
d. a zbs ternak enterprise

Menjelma raya 2020

Raya aidilfitri tetap mahu di sambut walau macam mna keadaan semasa setelah sebulan berpuasa.

Kali ini kita beraya dalam pkpb. Perintah kawalan pergerakan bersyarat. 




Selalu setiap tahun kami bergilir-gilir menjaga ladang. Namun tahun ini akan ada kelainan. Ada yang tak boleh balik. Jadi jadual telah mula dirancana supaya di lebaran nanti ternakan tetap tidak terabai.

Selamat hari raya aidilfitri buat semua. Maaf zahir dan batin. 

Saturday, May 2, 2020

Gedung produk ladang dan keperluan ladang

Ternakmall.com dibangunkan bagi memenuhi keperluan penternak memasarkan hasil ladang dan juga mendapatkan barang keperluan ladang termasuk peralatan, rawatan dan perkhidmatan.

Layari ternakmall.com

Hasil ladang dan hasil hiliran


Alatan dan keperluan penternak


Semua sahabat penternak adalah dijemput untuk mendaftar secara percuma. Semua penternak boleh mengiklankan produk masing-masing dalam mall ini.

Kami mengharap akan mendapat sokongan dari sahabat penternak semua dan marilah sama-sama kita memajukan industri penternakan negara.

Terima kasih.

Daripada,
Zulkifly said
d.a zbs ternak enterprise

Thursday, April 30, 2020

Cirit-birit pada arnab paling ditakuti

Cirit Birit (Diarrhea)
Najis seperti air yang pekat.. pada peringkat awalnya hijau dan berbau dan di peringkat kritikal ia hanya air putih kekuningan.



Masalah ini jarang berlaku kepada arnab dewasa, ia biasanya lebih cenderung berlaku kepada arnab muda yang berumur 8 minggu kebawah. Jika ini berlaku kepada arnab dewasa , ini ada berkemungkinan daripada diet yang ditukar secara mengejut, atau mungkin juga disebabkan oleh beberapa masalah seperti : Cacing Gelang, Cacing Pita dan juga ganguan usus.

Kredit document asal.

http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/2010/02/jangkitan-virus-infectious-myxomatosi.html?m=1


Masalah ini boleh membawa kepada kematian yang tinggi. Jadi kepada yang pakar boleh tambil membantu sebab masih terdapat persoalan yang belum terjawab.