Friday, September 7, 2018

Pemprosesan Susu Secara Pature







Susu di ZBS Ternak di pasteur seperti berikut :-
  
Mesin pasteur Susu

Susu segar yang telah diperah dan ditapis akan diisikan ke dalam tong susu yang bersih dan disimpan di tempat yang redup dan tidak terdedah kepada pancaran cahaya matahari. Susu ini akan dihantar secepat mungkin ke Pusat Pemprosesan Susu sebaik sahaja semua kerja-kerja perahan susu selesai. Sementara menunggu proses seterusnya susu disejuk dan disimpan di dalam peti sejuk pada suhu 3 - 4 oC.

Susu segar mesti disimpan sejuk iaitu pada suhu 3o - 4o C bagi membekukan aktiviti pembiakan bakteria yang terdapat di dalam susu. Sekiranya tidak disimpan sejuk, bakteria akan terus membiak dan ia akan mempercepatkan lagi susu menjadi rosak.
 
Di dalam susu terdapat banyak globul-globul lemak, yang mana kandungannya juga termasuk enzim lipase. Apabila dinding globul pecah, enzim-enzim ini akan bebas dan akan menguraikan lemak menjadikan susu berubah rasa - masam.
Tujuan susu diproses adalah untuk menentukan bahawa susu selamat diminum dan boleh disimpan lama.
Susu yang telah dirawat pada suhu yang tinggi mengikut salah satu kaedah pempasteuran berikut :


Suhu susu dinaikkan kepada 63o-65oC dan dikekalkan selama 30 minit dan disejukkan secepat mungkin kepada suhu 3o- 4o C sebelum dipak dan disimpan.
Susu di pasteur

Suhu susu dinaikkan kepada tidak kurang daripada 72oC dan dikekalkan selama 15 saat dan disejukkan secepat mungkin kepada suhu 3-4oC sebelum dipak dan disimpan.
Pempasteuran irii adalah pemprosesan yang biasa dilakukan untuk "susu segar".
Susu pasteur hendaklah sentiasa disimpan pada suhu, 3 -4o C


 Susu yang siap pasteur disimpan di dalam freezer untuk pastikkan ketahanan dan juga kekal segar

2 comments:

  1. Salam.Boleh saya tahu di mana boleh dptkan mesin pasteur susu tu?

    ReplyDelete
  2. Ready stock boleh whatsapp hubungi di 010-3315737

    ReplyDelete