Monday, February 10, 2014

Penternakan Itik Cherry Velley



Itik pedaging ini telah diimport daripada United Kingdom pada tahun 1977. Bulunya berwarna putih dan muncungnya iaitu paruhnya biasanya berwarna kuning. Ia boleh mencapai berat badan 2.5 hingga 3.0 kilogram apabila umurnya mencapai tiga (3) minggu. Ia mempunyai bentuk badan yang panjang terutama sekali itik jantan.

Masa kecil.




Bila Dewasa



Kepada peminat menu itik...Kari itik or rendang itik or nasi itik atau ape jua menu kegemaran anda, jamulah selera dengan Cherry Valley kami....
Dijamin sihat, diternak secara sistematik dan kemajuan penggunaan probiotik EM.  Kami amat mementingkan kualiti dan kesihatan itik. 

Sunday, February 9, 2014

Projek Itik Daging Mula 28/1/2014

Kami ZBST memulakan satu cabang baru sementara menunggu musim Hari Raya Haji kembali. Ia merupakan tambahan produk dalam ladang kami.

Kami mulakan dengan penternakan itik pedaging dengan kemasukkan pertama 200 ekor anak itik pada 28/Jan 2014.




Semoga kami  mendapat sokongan daripada pasaran sekitar dan juga luar.

Perjalanan Itik Daging Hari ke 11 pada 7/Jan/2014

Pada hari ke 10 kami telah pindahkan anak itik ke pagar yang lebih luas sesuai dengan saiz anak-anak itik yang makin membesar.

Kawasan Luas yang lebih santai.

Kolam Mandi Sementara

Kami telah mula mencari pasaran dan dijangka mula kepasaran pada petengahan Mar-2014.