Tuesday, December 19, 2017

Penjenamaan produk Zbs

Ini adalah produk Zbs untuk menempuh pasaran...


Cabaran industri ternakan dari meja zbs

Assalamualaikum

Alhamdulillah setelah 6 tahun dalam industri agro ternakan. Pelbagai cabaran dan dugaan telah ditempuh. Pelbagai penyesuaian telah dibuat demi menjaga kelangsungan sebagai penternak dan menjadikan Zbs ternak boleh kekal dalam industri.

Dari ternakan Lembu, itik, Kambing daging hingga ke Kambing tenusu.

Sekarang Zbs ternak cuba kekalkan identiti sebagai pembekal utama dalam industri produk tenusu Kambing.

Beberapa produk tenusu Kambing telah dirancana bagi menghdapi 2018 dengan lebih bersedia. Antara produk adalah susu Kambing segar, susu Kambing serbok, kopi susu Kambing Dan dadih susu Kambing.

Pengurusan diladang nampak sudah stabil. Cabaran seterusnya adalah dalam memperkasakan jenama Zbs ternak dan memantapkan Lagi pemasaran produk jenama Zbs.

Terima Kasih atas sokongan semua termasuk keluarga terdekat rosliza Abdullah, ikhwan, samiha Aisha dan yang membantu di ladang sanudi said, Azmi jusoh Dan lain-lain.


Dari meja founder of Zbs ternak
Zulkifly bin said.


Monday, December 4, 2017

Lawatan ke tapak cadangan projek pusat jualan

Terima Kasih pada pengarah yang datang sendiri melihat tapak cadangan projek jualan susu Zbs ternak dan bermesyuarat di pejabat veterinar jeram pasu.

Dr. surathan & zulkifly





Terima Kasih juga kepada pengurus ladang jeram pasu dan pengurus Dan pegawai dari jabatan veterinar Pasir puteh.

Semua bersetuju Dan member kepercayaan kepada Zbs ternak untuk diberikan kebenaran menggunakan Tanah seperti yang dicadang.



Sunday, December 3, 2017

Routine setahun sekali dengan cabaran jalan musim hujan

Bila hujan. Masalah paling Besar adalah perubahan pada struktur Jalan.

Bila lurah Besar kenderaan motor sudah tidak boleh masuk.


Alhamdulillah Ada yang membantu.


Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan sahabat kami juga.

Saturday, December 2, 2017

Cara penjagaan susu Kambing segar

Cara menjaga susu Kambing yang dipasture.

1) Berapa lama ketahanan susu kambing segar?

Susu kambing boleh disimpan segar selama 10-12 hari jika disimpan dalam peti sejuk pada suhu 2°C – 4°C darjah Celsius.  Ia boleh disimpan lebih lama jika dibekukan didalam freezer.

 2) Perlukan penghantaran susu Kambing dalam keadaan beku?

Susu kambing segar perlu dalam keadaan beku sepanjang penghantaran. Ini bagi menjamin susu tahan pada tahap maxima. Selalu kami akan hantar dalam kotak polistrin.

 3) Perlukah susu kambing segar disimpan dalam freezer?

Susu kambing segar perlu disimpan dalam freezer untuk pastikan ketahanan maxima. Dalam keadaan beku susu boleh tahan lebih lama.


4) Cara penyediaan susu segar.

Susu segar dikeluarkan dari freezer boleh disimpan chiller untuk sedia diminum. Untuk cairkan Segera boleh botol susu direndam dalam air panas.

Selepas dikeluarkan dan dicairkan. Sebaiknya diminum habis.

Friday, December 1, 2017

Kelahiran Baru 2 ibu muda untuk 2 anak

Kelahiran Baru dari 2 ibu muda. Alhamdulillah kelahiran selamat walau menempuh musim hujan.



Kelahiran pada 29/11/2017



Tuesday, November 28, 2017

Susu powder original Dan kurma madu

Kedua-dua dah siap Dan mula dipadarkan.

Harga runcit rm2.00
Harga borong rm 1.50 min 10 Kotak

Tel 016-4215526@019-9425516

Silver = original
Gold = kurma madu



Saturday, November 25, 2017

Capucinno Kusu Kambing

Kepada penggemar kopi dan susu Kambing. Nantikan ketibaan-nya.


Kami dalam peringkat akhir penyediaan sebelum ke pasaran.


Keluaran pertama susu serbuk Zbs Ternak

Alhamdulillah....
Badge pertama sudah siap ke pasaran.

Macam-macam​ sentiment pasaran. Terima Kasih kepada yang menyokong. Kami tetap bangga dengan keluaran hasil susu tempatan.

 Namun itulah cabaran yang biasa dalam perniagaan.

Dua versi sudah dikeluarkan iaitu Original Dan kurma madu. Sudah mula dijual harga rm2.00/sachet.

Semoga mendapat sambutan yang baik. Bagi penggemar kopi susu Kambing insha allah tunggu.....

Monday, November 13, 2017

Perasmian Kandang bebas 11 ekor

11 ekor warga Zbs ternak dipindah masuk ke petak bebas. 10 ibu muda Dan 1 bapak.




Persediaan terakhir susu powder

Cubaan rasa peringkat akhir sebelum ke production. Rasa supaya blh menepati peminat susu Kambing.



Dari Botol ke cawan. Akan bermula cabaran baru susu schet dari ladang Zbs ternak.

Sunday, November 12, 2017

Tambahan Kandang Bebas

Kandang bebas untuk ibu yang putus susu sementara bunting, anak Dara dan jantan muda.




Thursday, November 9, 2017

Khasiat susu Kambing yang ramai tidak sedar

Khasiat Susu Kambing Kepada Kesihatan



Susu kambing mempunyai banyak khasiat dan antaranya adalah dinyatakan dibawah:

1. Menguatkan Tulang

Ini merupakan salah satu kebaikan yang terdapat di dalam semua produk tenusu, dan menjadi faktor utama anda digalakkan untuk meminum susu. Susu yang dihasilkan mengandungi kandungan kalsium yang tinggi, termasuklah susu kambing. Susu kambing ini membekalkan kandungan kalsium sama banyak dengan susu lembu tanpa memberikan kesan sampingan.

Selain itu, susu kambing dapat memastikan bahawa kita menerima kadar kalsium yang stabil dan tulang kita tidak sentiasa kuat sepanjang hayat kita. Pada masa yang sama, ia boleh mengelakkan kita daripada mendapat osteoporosis, ataupun tulang rapuh.

2. Ciri-Ciri Anti Radang

Salah satu sebab orang lebih menyukai suka kambing berbanding susu lembu adalah kerana ia tidak mendatangkan keradangan mahupun sakit perut seperti mana susu lembu.

Hal ini kerana susu kambing mempunyai satu enzim aktif yang boleh mengurangkan kesan keradangan yang berlaku di dalam perut. Kajian sedang dijalankan, mengkaji adakah kesan anti keradangan ini boleh memberikan kesan positif kepada anggota badan yang lain. Apa yang pasti, ianya baik kepada perut dan usus anda!

3. Tingkatkan Kecekapan Pengambilan Nutrien

Salah satu kebaikan utama susu kambing ini adalah kandungan kimia di dalamnya yang mempunyai banyak persamaan dengan manusia, berbanding dengan susu lembu.

Pada asasnya, manusia adalah ciptaan yang perlukan susu daripada ibunya semasa dilahirkan, seperti lembu dan kambing. Tetapi memandangkan susu kambing mempunyai kandungan yang hampir sama dengan susu manusia, badan kita akan menerima banyak khasiat daripada susu kambing.

Pada masa yang sama, ia boleh mengurangkan tekanan kepada sistem penghadaman kita.



4. Tingkatkan Metabolisma Badan

Memandangkan susu kambing mempunyai kadar nutrisi yang lebih padat berbanding susu lembu, anda akan menerima khasiat yang lebih banyak jika meminum susu kambing, walaupun anda minum kedua-duanya dengan kuantiti yang sama.

Satu cawan susu kambing dapat membekalkan 40% keperluan harian kalsium, 20% keperluan vitamin B dan kandungan potassium serta phosphorous yang banyak.

Pada masa yang sama, kajian telah menunjukkan bahawa susu kambing boleh meningkatkan pengambilan zat besi di dalam sistem penghadaman kita, yang mana sangat penting bagi orang yang mengalami penyakit anemia ataupun masalah kekurangan nutrisi.

5. Kesihatan Jantung

Terdapat sekurang-kurangnya 2 kali ganda asid lemak di dalam susu kambing berbanding susu lembu, membawa maksud pengawalan kadar kolestrol adalah lebih baik dengan pengamalan susu kambing.

Dengan mengawal kadar lemak asid di dalam badan, kita boleh mencegah atherosclerosis, strok (angin ahmar), sakit jantung dan beberapa masalah jantung yang lain.

Kandungan potasium yang tinggi di dalam susu kambing boleh membantu mengurangkan kadar tekanan darah. Hal ini kerana postasium merupakan satu nutrisi yang boleh melegakan saluran darah di dalam sistem peredaran darah.

6. Meningkatkan Sistem Imuniti Badan

Nutrisi yang memainkan peranan di dalam sistem imuniti badan adalah selenium. Ia terdapat di dalam susu lembu, tetapi tidak sebanyak yang terdapat di dalam susu kambing.

Dengan pengambil susu kambing, anda secara tidak langsung telah meningkatkan daya tahan diri terhadap penyakit berjangkit seperti demam, selesema dan batuk.

7. Mencepatkan Pertumbuhan

Susu kambing mengandungi kandungan protein yang tinggi, iaitu satu komponen yang penting dalam pertumbuhan dan pembesaran badan. Protein boleh dikatakan sebagai satu blok untuk sel, tisu, otot dan tulang.

Dengan menjamin pengambilan protein yang stabil sepanjang pembesaran, kita boleh membesar dengan kadar yang optimum dengan kesihatan yang baik.

8. Mengurangkan Berat Badan

Walaupun susu kambing mengandungi kadar lemak asid yang lebih banyak berbanding dengan susu lembu, tetapi sebenarnya ia mengandungi kadar lemak yang lebih kurang.

Perkara ini membawa maksud bahawa susu kambing boleh membantu orang untuk mengurangkan berat badan, tanpa menjejaskan kesihatan mereka.

Tuesday, October 31, 2017

Banyakkan rangkaian mungkin boleh membantu jualan zbsternak

Strategi perbanyak rangkaian diharap boleh membantu penambahan jualan produk keluaran Zbs ternak.

Amanjaya, sg. Petani

Amanjaya, sg. Petani

Untuk yang berada sekitar sungai petani boleh dapatkan susu segar Dan dadih susu Kambing segar dari ladang dari premis berkenaan. 


Friday, October 13, 2017

Lawatan tuan ibrahim

Terima Kasih tuan Ibrahim Akashah kerana sudi melawat ladang.

Semoga kedatangan tuan membawa rezeki kepada ladang zbsternak.

Sempat bermanja dengan siputeh ni.

Tuesday, October 10, 2017

Sunday, October 1, 2017

At last we complete our first release

Our trademark for 'goat milk dadih'


Rezeki dari Allah, jangan berhenti berusaha

Susu kambing segar zbsternak boleh didapati di jalan titi semeling.



Insyaallah bekalan berterusan.

Second round blood test

The result for second round blood test is ready.

All are negetive from brucella.

Thanks God. Alhamdulillah...

Planning for next product to overcome stock overloading

We plan to produce our next product on 'goat milk dadih'.

The plan is at the final stage.

Dadih ready for testing.

Sticker design in progress 

Wednesday, September 27, 2017

Saturday, July 29, 2017

Bumi yang Mana tak ditimpa hujan... Hujan rahmat.

Sekali sekala lebat. Harap jalan tak rosak Dan boleh bertahan.

Memberi kesegaran pada semua.


Wednesday, July 12, 2017

Lawatan pengarah veterinar kelantan

Terima Kasih atas kesudian pengarah, pengurus Pasir puteh Dan pegawai lain yang sudi ke ladang Zbsternak.







Sunday, July 9, 2017

Friday, July 7, 2017

Jalan oh...Jalan....

Terdapat projek kuari Tanah berdekatan. Semoga dipermudahkan Dan tidak menggangu perjalanan Kita.



Tuesday, June 6, 2017

11 kelahiran Baru dalam sebulan hjg bln 5 Dan awal bln 6

Terdapat 11 kelahiran Baru dalam sebulan. Susu jualan merosot bulan ini namun kehadiran anak Baru sedikit menguatkan semangat kami.



Sunday, May 14, 2017

Geng ragut bebas....

Seronok melihat geng ragut bebas. Berlari-lari turun ke Padang ragut.