Monday, December 31, 2018

Cita-cita penternak kambing tenusu

Alhamdulillah bersyukur kita dengan perginya tahun 2018 dan tibanya 2019 dalam keadaan baik dan selesa. Tiada masalah besar perlu ditangani.

Seperti biasa tahun baru sedikit sebanyak terdetik azam baru dan cita-cita baru kepada yang mahukan kemajuan dan yang ingin sentiasa kekal berdayasaing dalam perniagaan.

Bagi kami zbsternak, akan teruskan tahun ini bagi cuba target pengeluaran susu kepada 50kg sehari. Dan proses pengeluaran yang lebih berteknologi.

Kami juga kekal kental dengan izin bagi meneruskan perjuangan dalam industri.

Terima kasih juga kepada semua pelanggan zbsternak dan juga warga kerja zbs ternak.

Monday, December 24, 2018

Program bulan 12

Setiap kali bulan 12, tiba musim hujan masalah ini mesti berlaku. Tahun ini lagi kritikal bila hujan lebat dan bersebelahan projek kuari tanah.

Namun untuk memastikan bekalan kepada kambing tidak putus dan bekalan susu kepada pelanggan tidak terggangu maka sedikit perlu dilaburkan untuk betulkan jalan.

Jalan selepas ditolak

Laluan genting

Pusat kuari bersebelahan


Namun ini adalah penyelesaian sementara kerana masih dalam perancangan mencari laluan sebenar.