Saturday, January 25, 2020

Tuesday, January 21, 2020

Memasuki pasaran arnab

Kami dah mula keluarkan daging arnab frozen dalam bentuk ori dan perap.
Kapada yang berminat boleh hubungi kami.



Sunday, January 5, 2020

Model Sangkar Paling Jimat

Ukuran

Brc 17g lubang 1 inchi

Pemotongan ikut ukuran

Ikat sementara dgn cable tie

Unit yang telah siap 5 lubang induk

Siap 2 layer 10 sangkar dari 1 gulung brc sedia untuk diisi






Saturday, January 4, 2020

Sekitar rumah arnab pertama

Di sinilah rumah arnab pertama kami.

Dari pandangan luar


Dari dalam rumah arnab



Pandangan sangkar




Ukuran ini adalah standard yg kami rasa memberi keselesaan kepada arnab. 


Januari 2020, jualan arnab mula di buka

Dari ladang zbs ternak kami mengkelasifikasikan anak arnab nzw kami kepada 2 kelas. Iaitu induk dan jualan daging.

Untuk jualan induk, kami mengawal dan memerhati pembesaran, berat badan, induk baka dan jumlah anak induk.

Bagi tujuan induk, berat semasa cerai susu adalah 500g minimum dan pertumbuhan berat 300g setiap 10 hari.

Bagi yang tidak menepati piawaian ini kami letak ke kategori daging dan tidak untuk jualan hidup.




3 pasang dibuka untuk jualan induk umur 60 hari dan ke atas. 

Tahun 2020, halatuju zbs ternak enterprise

Assalamualaikum.....

Selamat tinggal 2019. Dan selamat datang 2020. Tahun silih berganti. Yang kita pernah lalaui adalah tidak pernah sia-sia, baik jadi tauladan buruk jadi sempadan. Segala perancangan adalah yang terbaik. Namaun maha esa menentukan.

Bagi tahun 2020, kami mulakan dengan menambah satu lagi produk utama iaitu arnab pedaging. Namun susu kambing segar tidak kami lupakan malah sentiasa diperkukuhkan supaya terus bertahan.

Dari pemerhatian kami, setiap ladang yang diusahakan dengan skala kecil mesti mempunyai lebih dari satu produk. Ini dalah kerana kita perlu mempunyai produk yang boleh saling mengimbagi permintaan dikala satu produk melalaui fasa penurunan samada akibat dari pasaran atau akibat pengeluaran ladang sendiri.

Dengan itu, kami memilih untuk memajukan satu lagi cabang iaitu arnab pedaging. Semoga mendapat pasaran yang baik dalam masa terdekat.

Terima kasih.


Dari meja pengurus
Zulkifly bin said
Zbs ternak enterprise