Thursday, November 9, 2017

Khasiat susu Kambing yang ramai tidak sedar

Khasiat Susu Kambing Kepada Kesihatan



Susu kambing mempunyai banyak khasiat dan antaranya adalah dinyatakan dibawah:

1. Menguatkan Tulang

Ini merupakan salah satu kebaikan yang terdapat di dalam semua produk tenusu, dan menjadi faktor utama anda digalakkan untuk meminum susu. Susu yang dihasilkan mengandungi kandungan kalsium yang tinggi, termasuklah susu kambing. Susu kambing ini membekalkan kandungan kalsium sama banyak dengan susu lembu tanpa memberikan kesan sampingan.

Selain itu, susu kambing dapat memastikan bahawa kita menerima kadar kalsium yang stabil dan tulang kita tidak sentiasa kuat sepanjang hayat kita. Pada masa yang sama, ia boleh mengelakkan kita daripada mendapat osteoporosis, ataupun tulang rapuh.

2. Ciri-Ciri Anti Radang

Salah satu sebab orang lebih menyukai suka kambing berbanding susu lembu adalah kerana ia tidak mendatangkan keradangan mahupun sakit perut seperti mana susu lembu.

Hal ini kerana susu kambing mempunyai satu enzim aktif yang boleh mengurangkan kesan keradangan yang berlaku di dalam perut. Kajian sedang dijalankan, mengkaji adakah kesan anti keradangan ini boleh memberikan kesan positif kepada anggota badan yang lain. Apa yang pasti, ianya baik kepada perut dan usus anda!

3. Tingkatkan Kecekapan Pengambilan Nutrien

Salah satu kebaikan utama susu kambing ini adalah kandungan kimia di dalamnya yang mempunyai banyak persamaan dengan manusia, berbanding dengan susu lembu.

Pada asasnya, manusia adalah ciptaan yang perlukan susu daripada ibunya semasa dilahirkan, seperti lembu dan kambing. Tetapi memandangkan susu kambing mempunyai kandungan yang hampir sama dengan susu manusia, badan kita akan menerima banyak khasiat daripada susu kambing.

Pada masa yang sama, ia boleh mengurangkan tekanan kepada sistem penghadaman kita.



4. Tingkatkan Metabolisma Badan

Memandangkan susu kambing mempunyai kadar nutrisi yang lebih padat berbanding susu lembu, anda akan menerima khasiat yang lebih banyak jika meminum susu kambing, walaupun anda minum kedua-duanya dengan kuantiti yang sama.

Satu cawan susu kambing dapat membekalkan 40% keperluan harian kalsium, 20% keperluan vitamin B dan kandungan potassium serta phosphorous yang banyak.

Pada masa yang sama, kajian telah menunjukkan bahawa susu kambing boleh meningkatkan pengambilan zat besi di dalam sistem penghadaman kita, yang mana sangat penting bagi orang yang mengalami penyakit anemia ataupun masalah kekurangan nutrisi.

5. Kesihatan Jantung

Terdapat sekurang-kurangnya 2 kali ganda asid lemak di dalam susu kambing berbanding susu lembu, membawa maksud pengawalan kadar kolestrol adalah lebih baik dengan pengamalan susu kambing.

Dengan mengawal kadar lemak asid di dalam badan, kita boleh mencegah atherosclerosis, strok (angin ahmar), sakit jantung dan beberapa masalah jantung yang lain.

Kandungan potasium yang tinggi di dalam susu kambing boleh membantu mengurangkan kadar tekanan darah. Hal ini kerana postasium merupakan satu nutrisi yang boleh melegakan saluran darah di dalam sistem peredaran darah.

6. Meningkatkan Sistem Imuniti Badan

Nutrisi yang memainkan peranan di dalam sistem imuniti badan adalah selenium. Ia terdapat di dalam susu lembu, tetapi tidak sebanyak yang terdapat di dalam susu kambing.

Dengan pengambil susu kambing, anda secara tidak langsung telah meningkatkan daya tahan diri terhadap penyakit berjangkit seperti demam, selesema dan batuk.

7. Mencepatkan Pertumbuhan

Susu kambing mengandungi kandungan protein yang tinggi, iaitu satu komponen yang penting dalam pertumbuhan dan pembesaran badan. Protein boleh dikatakan sebagai satu blok untuk sel, tisu, otot dan tulang.

Dengan menjamin pengambilan protein yang stabil sepanjang pembesaran, kita boleh membesar dengan kadar yang optimum dengan kesihatan yang baik.

8. Mengurangkan Berat Badan

Walaupun susu kambing mengandungi kadar lemak asid yang lebih banyak berbanding dengan susu lembu, tetapi sebenarnya ia mengandungi kadar lemak yang lebih kurang.

Perkara ini membawa maksud bahawa susu kambing boleh membantu orang untuk mengurangkan berat badan, tanpa menjejaskan kesihatan mereka.

No comments:

Post a Comment