Tuesday, June 18, 2019

Ubah suai kandang untuk ibu2 bunting

Kambing dan kandang berpisah tiada. Kandang diubah suai bagi memberi keselesaan kepada ibu2 bunting.






Ibu bunting elok di kurantin bersendirian apabila sarat. Ini boleh mengelakan keguguran akibat di tanduk gurauan kasar kawan2.


Monday, December 31, 2018

Cita-cita penternak kambing tenusu

Alhamdulillah bersyukur kita dengan perginya tahun 2018 dan tibanya 2019 dalam keadaan baik dan selesa. Tiada masalah besar perlu ditangani.

Seperti biasa tahun baru sedikit sebanyak terdetik azam baru dan cita-cita baru kepada yang mahukan kemajuan dan yang ingin sentiasa kekal berdayasaing dalam perniagaan.

Bagi kami zbsternak, akan teruskan tahun ini bagi cuba target pengeluaran susu kepada 50kg sehari. Dan proses pengeluaran yang lebih berteknologi.

Kami juga kekal kental dengan izin bagi meneruskan perjuangan dalam industri.

Terima kasih juga kepada semua pelanggan zbsternak dan juga warga kerja zbs ternak.

Monday, December 24, 2018

Program bulan 12

Setiap kali bulan 12, tiba musim hujan masalah ini mesti berlaku. Tahun ini lagi kritikal bila hujan lebat dan bersebelahan projek kuari tanah.

Namun untuk memastikan bekalan kepada kambing tidak putus dan bekalan susu kepada pelanggan tidak terggangu maka sedikit perlu dilaburkan untuk betulkan jalan.

Jalan selepas ditolak

Laluan genting

Pusat kuari bersebelahan


Namun ini adalah penyelesaian sementara kerana masih dalam perancangan mencari laluan sebenar.


Monday, November 12, 2018

Kursus Produk Hiliran Tenusu

Degan semangat Keusahawanan, sentiasa mencari perubahan begi menambahkan variasi produk. Kali ini kami cuba melihat kalau ada ruang tambahbaik dalam hasil tenusu.

Berkusrsu bersama Maktab Koperasi Malaysia


Gambar Kenangan Peserta Kursus
 
Satu ilmu yang sangat berguna. Iaitu macam mana cara membuat yogurt dan kefir dan juga cheese.

Khasiat yogurt adalah :-

1. Tahap imunisasi tinggi
2. Bantu kurang berat badan dan stabilkan metabolisma
3. Bantu rawat keputihan wanita
4. Asid lactic bantu tingkat penyerapan kalsium dalam tubuh
5. Kaya kalsium,  potasium, protein dan vit b bantu cegah cancer
6. Cegah gastrik dan ulser usus
7. Boleh pakai di muka utk anjal kulit@ mask
8. Cegah osteoporosis
9. Mencegah sakit jantung

Monday, October 22, 2018

Kursus arnab pedaging anjuran kuasatek dan gaps

Zbs ternak bersama

Kursus : PENTERNAKAN ARNAB PEDAGING ZON PANTAI TIMUR - siri 1

Tarikh : 20/10/2018 (Sabtu)
Tajuk : Kursus  Module 1-4 Berkaitan Anatomi Arnab, Sangkar, Penyakit & Rawatan, Permakanan
Masa : 8.00 pg - 6.00 ptg
Tempat: Sekolah Kebangsaan Pangkal Nering, 16600 Pulai Chondong, Kelantan.
Anjuran : koperasi usahawan ternak kelantan & GAPS




Teori

Praktikal


Peserta

Semoga semua dapat manafaat dan berjaya untuk menternak arnab pedaging


Sunday, October 7, 2018

Mesyuarat bersama umk

Mesyuarat bersama umk

Tarikh 7.10.2018
Hari Ahad
Pukul 11.00am
Bilik mesyuarat BAP UMK

Perbincangan berkaitan masaalah permakanan ternakan telah dibincangkan panjang lebar. Alhamdillah ada beberapa kata sepakat untuk memulakan kajian terperinci tentang keperluan nutrien makanan dalam keperluan harian.