Sunday, February 9, 2014

Projek Itik Daging Mula 28/1/2014

Kami ZBST memulakan satu cabang baru sementara menunggu musim Hari Raya Haji kembali. Ia merupakan tambahan produk dalam ladang kami.

Kami mulakan dengan penternakan itik pedaging dengan kemasukkan pertama 200 ekor anak itik pada 28/Jan 2014.




Semoga kami  mendapat sokongan daripada pasaran sekitar dan juga luar.

Perjalanan Itik Daging Hari ke 11 pada 7/Jan/2014

Pada hari ke 10 kami telah pindahkan anak itik ke pagar yang lebih luas sesuai dengan saiz anak-anak itik yang makin membesar.

Kawasan Luas yang lebih santai.

Kolam Mandi Sementara

Kami telah mula mencari pasaran dan dijangka mula kepasaran pada petengahan Mar-2014.

Saturday, November 9, 2013

Berlalunya Korban 2013

Salam kepada semua ...

Berlalunya korban 2013 dengan kenaikan harga lembu disebabkan beberapa faktor semasa menyebabkan pasaran menjadi sangat lembap.

Sehubungan itu, ZBST masih meneruskan usaha dalam industri ternakan dengan mencuba beberapa aktiviti supaya tetap bertahan dalam pasaran ternakan feedlot.

ZBST telah mula sembelihan daging tempatan untuk bekalan setempat. Kepada semua pelanggan ZBST diharap dapat terus menyokong usaha ZBST.

Jadi variasi produk ZBST :-
1. Bekalan lembu hidup tempatan dan juga Brahman
2. Bekalan daging lembu tempatan/runcit atau borong(boleh telepon untuk tempahan)

Monday, July 29, 2013

Pemilihan stok hari raya korban 2013

Bekalan hari raya korban 2013 kelihatan agak kritikal. Dengan masalah kenaikan harga bekalan. Ini juga pengaruh daripada tukaran duit RM dan Juga BATH Thai.

Harga lembu dijangkankan boleh meningkat sehingga maximum 30% daripada tahun lepas. Namun kami tetap juga cuba memenuhi pasaran. Jadi pembelian awal boleh mengelekan daripada harga maximum pada hari-hari dekat dengan hari raya korban.

Pemilihan stok yang telah bersalin gigi adalah penting untuk korban terutama pasaran sekitar, dan stok baru untuk ZBST masuk pada 28/07/2013.



Friday, June 7, 2013

Panorama Menyahut cabaran industri ternakan feedlot

dtt teruskan pengembangan dari segi infrastruktur kandang dengan menambah kapisiti kandang kepada 4 unit. Sesebuah boleh memuatkan maximum 25 ekor lembu. Jadi dengan apasiti muatan maximum 100 ekor dengan terdapat juga beberapa petak ruangan terbuka diharap akan kekal bersaing dalam industri ternakan lembu.

Gambar kandang 4 lot.






Wednesday, May 15, 2013

Stock Untuk Raya Haji dan Juga Sembelihan Harian 15/05/2013


Stock Raya Haji masuk lagi.

Pemilihan stock berkualiti dari pusat kurantin.


Stock dihantar ke kandang ZBST, di pasir putih, Kelantan.


Stock sampai dengan selamat dan dah mula proses kurangkan tekanan dan diberi makan.


Kepada semua pelanggan yang menyokong ZBST, terima kasih dan anda boleh kekandang kami untuk bekalan seterusnya.

Hari ini dalam sejarah ...

Semenjak bermulanya kandang kami lebih kurang setahun lepas, ini kali pertama kami menyambut baby pertama dalam kandang kami.

alhamdulillah selamat bersalin.